Pada 27 April yang lepas Huawei telah melancarkan skrin pintar terbaru Huawei Vision S di pasaran Malaysia.

Huawei Vision S adalah skrin pintar yang lengkap dengan ciri-ciri menarik seperti Huawei MeeTime dan kawalan melalui telefon pintar (OneHop).

Skrin pintar ini hadir dengan ukuran 65 inci dan 55 inci dengan paparan 4K ultra HD dan kadar segar 120Hz. Selain itu, ia juga dilengkapi teknologi Advanced Motion Estimation and Motion Compensation (MEMC).

Harga pasaran Malaysia untuk skrin pintar ini bermula pada RM2,999 untuk ukuran 55 inci dan RM3,999 untuk ukuran 65 inci.

Pelanggan sudah boleh mula membuat pra-tempah (pre-order) di laman rasmi Huawei dengan tawaran rebat serta hadiah percuma bernilai hingga RM698.

Ketahui lebih lanjut mengenai rebat dan hadiah yang ditawarkan untuk Huawei Vision S di sini.

Sumber: siaran akhbar Huawei