Pembaca sudah boleh membuat pratempah bagi The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom di mana ia akan dilancarkan secara eksklusif untuk Nintendo Switch pada 12 Mei, 2023.
Walau bagaimanapun, pratempah hanya tersedia untuk pasaran luar negara sahaja seperti di Amazon, Best Buy, Gamestop dan lain-lain.
Berdasarkan harga tempahannya, Tears of the Kingdom dijual pada harga standard USD59.99 (~RM265.70) sahaja.
The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom mula diumumkan pada tahun 2019 dan merupakan sekuel kepada Breath of the Wild.
{suggest}
Menariknya lagi, Breath of the Wild adalah antara game terbaik pada tahun tersebut yang ditawarkan francais The Legend of Zelda.
Sumber: IGN
Gambar utama: IGN