Setelah dilancarkan pada 1 Jun, peranti andalan terbaharu HONOR, HONOR Magic4 Pro telah dibuka untuk pratempah sehingga 10 Jun 2022.
Menariknya, walaupun masih berbaki 1 hari, jualan pratempah telah habis dijual di saluran rasmi HONOR.
Telefon ini dilengkapi dengan Google Mobile Services (GMS), di mana anda tidak perlu lagi risau tentang pemasangan aplikasi Google.
Ia juga diperkenalkan dengan cip berkuasa, Snapdragon 8 Gen 1, dengan RAM 8GB bersama storan sebesar 256GB.
Bukan itu sahaja, ia juga direka dengan paparan LTPO 1920Hz PWM Dimming, yang berupaya mengurangkan perubahan kecerahan dan kerlipan skrin dalam keadaan cahaya rendah.
Jika anda terlepas pratempahan HONOR Magic4 Pro, jangan risau, jualan rasmi akan bermula pada 11 Jun 2022, pada harga RM3,999.
Sumber: Siaran akhbar HONOR
Baca juga: