Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pratempah HONOR Magic4 Pro Laku Keras, Jualan Bermula 11 Jun

Posted on Jun 9, 2022

Setelah dilancarkan pada 1 Jun, peranti andalan terbaharu HONOR, HONOR Magic4 Pro telah dibuka untuk pratempah sehingga 10 Jun 2022.

Menariknya, walaupun masih berbaki 1 hari, jualan pratempah telah habis dijual di saluran rasmi HONOR.

Telefon ini dilengkapi dengan Google Mobile Services (GMS), di mana anda tidak perlu lagi risau tentang pemasangan aplikasi Google.

Ia juga diperkenalkan dengan cip berkuasa, Snapdragon 8 Gen 1, dengan RAM 8GB bersama storan sebesar 256GB.

honor magic4 pro

Bukan itu sahaja, ia juga direka dengan paparan LTPO 1920Hz PWM Dimming, yang berupaya mengurangkan perubahan kecerahan dan kerlipan skrin dalam keadaan cahaya rendah.

honor magic4 pro

honor magic4 pro

Jika anda terlepas pratempahan HONOR Magic4 Pro, jangan risau, jualan rasmi akan bermula pada 11 Jun 2022, pada harga RM3,999.

Sumber: Siaran akhbar HONOR

Baca juga:

  • HONOR Magic4 Pro Rasmi, Snapdragon 8 Gen 1 Untuk RM3,999
  • Reaksi Awal HONOR Magic4 Pro – HONOR Buat ‘Comeback’
  • Akhirnya Telefon Pintar Flagship HONOR Ini Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 1 Jun Nanti

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress