Seperti diketahui, HUAWEI telah melancarkan jam pintar HUAWEI Watch 3 Series pada awal Jun lalu. Terdapat dua varian dalam siri ini iaitu HUAWEI Watch 3 dan HUAWEI Watch 3 Pro.

Kedua-dua model ini merupakan jam pintar pertama yang menjalankan sistem operasi terbaru HarmonyOS dengan rekaan yang premium dan estetik.

Kini, HUAWEI Malaysia mengumumkan HUAWEI Watch 3 Series boleh di pra-tempah secara atas talian bermula pada 25 Jun hingga 6 Julai 2021.

Untuk harga jualan, model HUAWEI Watch 3 berharga RM1,699 didatangkan bersama FreeBuds 3i dan tali nilon tambahan secara percuma.

Manakala model HUAWEI Watch 3 Pro yang berharga RM2,199 pula didatangkan bersama FreeBuds 3 dan tali nilon tambahan secara percuma.

Jika berminat, pra-tempahan boleh dibuat melalui kedai jualan atas talian rasmi HUAWEI, Lazada, Shopee, dan Senheng bermula 25 Jun hingga 6 Julai nanti.

Sumber: siaran akhbar HUAWEI

Baca juga – Huawei Watch 3 Diperkenal, Lebih Banyak Ciri Kesihatan

Baca juga – Huawei P50 Dilapor Akan Dilancar Pada 29 Julai, Ada Sensor Kamera Besar

 

 

Kalau nak beli tekan bawah:
Lazada:
https://invol.co/cl4mshj
Shopee:
https://invol.co/cl4ms67