Beberapa hari yang lepas, Sony Malaysia telah menyenaraikan harga rasmi bagi barisan telefon pintar baharu mereka – Xperia 1 III, Xperia 5 III dan Xperia 10 III.

Hari ini, pra-tempahan bagi telefon Xperia 1 III dibuka untuk pelanggan tempatan. Ia diletakkan dengan tanda harga RM5799 dan ditawarkan pilihan warna Frosted Black dan Frosted Purple.

Selain itu, pembeli yang membuat pra-tempah bermula 15 Julai hingga 15 Ogos turut akan menerima fon telinga tanpa wayar Sony WF-1000XM3 yang bernilai RM849.

Bagi anda yang berminat, pembelian boleh dibuat melalui kedai dalam talian Sony Malaysia hari ini.

Imbas kembali spesifikasi yang ditawarkan, ia hadir dengan Snapdragon 888, bateri 4500mAh, 3 lensa belakang serta skrin 6.5 inci 4K HDR OLED.

Sumber: Sony Malaysia

Baca juga – Sony Lancarkan Speaker Berbentuk Lampu Kaca

Baca juga – Sony Melancarkan Pembesar Suara Yang Dipakai Di Leher

Baca juga – Sony Berminat Bawa “Game” Eksklusif PlayStation Ke Telefon Pintar