Seperti yang diketahui, OPPO Reno6 dan Reno6 Z akan dilancarkan buat pasaran tempatan pada 5 Ogos depan. Namun, sekiranya anda tidak sabar untuk memiliki peranti terbaharu tersebut, pra-tempahan awal sudah boleh dibuat bermula hari ini sehingga 4 Ogos 2021.

Bukan itu sahaja, bagi setiap pembeli awal dalam tempoh ini, anda bakal menerima hadiah percuma yang bernilai RM779. Ini termasuk hadiah seperti Enco Buds, Powerbank, OPPO Smart Tag, pembesar suara Bluetooth dan 1 tahun storan awan HeyTap sebanyak 1TB.

Tambahan lagi, 300 pembeli terawal melalui Shopee turut menerima “mystery box” bernilai RM99. Untuk membuat pra-tempah, wang pendahuluan sebanyak RM100 perlu dibuat di OPPO Brand Stores atau rakan pengedar yang sah.

Manakala pra-tempah yang dilakukan di OPPO Online Store, hanya perlu deposit RM19.90 sahaja dan akan menerima baucar RM120 bersama-sama Powerbank.

Sumber: Siaran Akhbar OPPO

Baca juga artikel berkaitan:

Pra-tempah siri OPPO Reno6 di:

Shopee - https://invol.co/cl5ajgj