Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pra-Tempah vivo Y76 Bermula Hari Ini, Kamera 50MP Dengan Harga RM1299

Posted on November 23, 2021

Seperti sedia maklum, vivo Y76 bakal dilancarkan pada malam ini. Namun, pra-tempah bagi telefon tersebut sudah pun bermula sekarang hingga 26 November dengan tanda harga RM1299. Malah, hadiah percuma bernilai RM646 menanti pembeli.

vivo Y76 didatangkan cip pemproses MediaTek Dimensity 700, 8GB RAM dengan pengembangan memori (RAM Expansion) sehingga 4GB dan storan dalaman 128GB.

Bersama-samanya juga bekalan kuasa 4100mAh serta pengecasan pantas 44W FlashCharge. Untuk kamera pula, dilengkapi 50MP utama, 2MP makro dan 2MP kedalaman serta 16MP bagi swafoto. Sementara skrinnya menawarkan keluasan 6.58 inci IPS dengan resolusi 1080×2408.

vivo Y76 ditawarkan dalam dua pilihan warna Midnight Space dan Cosmic Aurora. Peranti ini boleh dibeli menerusi gedung dalam talian rasmi vivo di Shopee atau Lazada.

Baca juga:

  • Adakah Orang Malaysia Senang Kena Tipu Dengan e-Mel Palsu?

  • WinAmp Akan Kembali, Kini Dibuka Untuk Pengguna Beta

  • Dua Telefon Motorola Baharu Hadir Ke Pasaran Malaysia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress