vivo baru sahaja membawa masuk telefon pintar terbaharu ke Malaysia, iaitu vivo Y33s dengan harga RM999. Telefon ini menampilkan rekaan nipis dengan sisinya rata.

vivo Y33s dilengkapi skrin 6.58 inci IPS LCD beresolusi FHD+ dengan lensa swafoto 16MP. Sementara terdapat 3 lensa belakang yang merangkumi 50MP utama, 2MP makro dan 2MP bantuan bokeh.

Ia dikuasakan cip pemproses MediaTek Helio G80 yang dipadankan bersama 8GB RAM dan 4GB RAM maya serta storan 128GB. Melengkapkannya, bateri berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan 18W.

Sekiranya anda berminat, pra-tempah bermula hari ini, 7 September hingga 10 September di Shopee, Lazada atau vivo Store. Setiap tempahan juga bakal menerima hadiah percuma vivo backpack, Netflix Gift Card dan 1 tahun jaminan perlindungan skrin.

Menariknya lagi, terdapat juga pembelian bundle bersama Instax Mini 9 bernilai RM188 atau Instax Mini Link Printer yang berharga RM388.

Baca juga:

Beli vivo Y33s di:

Shopee - https://invol.co/cl5zxtr
Lazada - https://invol.co/cl5zxud