OPPO sedia melancarkan siri flagship terbaru mereka iaitu OPPO Find X2 yang menghadirkan dua peranti berkuasa.
Menghadirkan sejumlah spesifikasi terbaik pada Find X2 dan Find X2 Pro, kedua-dua model ini masih belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Menjadualkan 10 Mac depan sebagai tarikh pengenalan rasmi untuk pasaran tempatan, pra-tempahan siri ini sudah mula dibuka hari ini. Ia akan tamat pada 20 Mac 2020.
Bagi anda yang berminat boleh membuat pra-tempahan di OPPO Concept Store seluruh negara, atau secara dalam talian – OPPO Find X2 atau OPPO Find X2 Pro.
Pra-tempah memerlukan pembayaran awal sebanyak RM300 dan anda akan turut menerima VOOC Powerbank, waranti tambahan 1 tahun, dan perlindungan skrin selama 3 bulan. Kesemua sekali bernilai RM528.
Turut ditawarkan adalah OPPO Enco Free yang berharga RM499 dimana ia akan diberikan kepada 300 pra-tempahan awal dan pembeli yang membeli pada hari jualan pertama. Jualan pertama akan dilangsungkan pada 14 Mac (OPPO Find X2) dan 21 Mac (OPPO Find X2 Pro)di Pavillion.