Telefon pintar OPPO Reno5 F sudah dilancarkan di pasaran Malaysia semenjak bulan April lalu. Hari ini, OPPO membuka pra-tempah eksklusif untuk varian warna baru yang turut menawarkan tambahan hadiah percuma.
Kepada peminat siri Reno, pra-tempah eksklusif ini menampilkan Reno5 F edisi Crystal SilverĀ pada harga RM1,199 dengan hadiah percuma bernilai RM238.
Baca juga – OPPO Reno6 Dengan Rekaan Baharu Diperkenalkan
Antara yang termasuk didalam hadiah percuma itu adalah sebuah OPPO Enco Buds dan Powerbank Remax 10,000mAh. Namun, hanya 200 pelanggan terpantas melakukan pra-tempah sahaja akan menerima hadiah percuma ini.
Pra-tempah eksklusif ini boleh dibuat bermula 1 Jun hingga 5 Jun ini menerusi kedai atas talian OPPO, Shopee dan Lazada.
Sumber: siaran akhbar OPPO