Logitech sangat terkenal dalam aksesori permainannya terutama fon telinga, tetikus dan juga papan kekunci. Beberapa hari yang lalu, Logitech G telah melancarkan Logitech G Pro X Superlight secara rasmi.

Tetikus ini merupakan penambahbaikan berbanding model sebelum ini iaitu Logitech G Pro Wireless di mana ia kini hadir dengan rekaan yang lebih ringan.

Sesuai dengan nama diberi, tetikus ini hanya seberat 63g walaupun tanpa rekaan honeycomb seperti mana kita lihat pada tetikus ringan yang lain. Malah, ia juga dihasilkan dengan kerjasama beberapa pemain e-sukan profesional dunia.

Beratnya adalah 25% lebih ringan berbanding G Pro Wireless sebelum ini. Selain itu, lightspeed dinamakan berdasarkan teknologi tanpa wayar yang lebih baik.

Bagi spesifikasinya, ia menggunakan Hero sensor dengan DPI serendah 100 hingga 25,600. Tetikus ini juga pantas dengan masa tindak balas sehingga 1000Hz (1ms).

Rekaannya pula, terdapat 5 butang serta bahagian bawah diperbuat daripada PTFE untuk kelancaran penggunaan.

Dilengkapi bateri yang mampu bertahan sehingga 70 jam, ia boleh dicas menggunakan mikro USB dan jika mahukan penggunaan dengan wayar juga tiada sebarang masalah.

Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan juga putih. Tambahan lagi, tiada RGB pada tetikus ini berbanding yang terdapat pada G Pro Wireless.

Logitech G Pro X Superlight boleh di pra-tempah mulai hari ini dengan harga RM649 menerusi laman rasmi Logitech G, Shopee, Lazada atau pengedar yang sah.

Di samping itu, setiap pra-tempahan ini juga akan menerima Valorant Mousepad dan mouse pouch.