MSI hari ini telah mengumumkan pra-tempahan bagi komputer riba gaming mereka dengan kad grafik siri RTX 30 kini sudah dibuka mulai hari ini sehingga 31 Januari.

Terdapat lima komputer riba gaming yang boleh di pra-tempah daripada yang mampu milik sehinggalah yang paling berkuasa, iaitu:

  • MSI GS66 Stealth (RTX 3080)
  • MSI GS66 Stealth (RTX 3070)
  • MSI GE66 Raider
  • MSI GE76
  • MSI GF65 Thin

Menariknya dalam penawaran kali ini, MSI tampil dengan ciri teknologi MSI Resizable BAR iaitu ia memberikan sehingga 10% prestasi permainan lebih baik.

Terlebih dahulu, kita lihat pada spesifikasi MSI GS66 iaitu yang paling berkuasa dalam siri komputer riba MSI Ampere.

MSI GS66 didatangkan dengan dua model dimana model tertinggi dikuasakan cip Intel Core i9-10980HK dan RTX 3080. Skrin berukuran 15.6 inci diberikan dengan resolusi 4K serta 100% Adobe, sesuai untuk gamer yang ingin bermain pada resolusi tinggi.

Bagi yang inginkan prestasi lebih cemerlang tanpa memerlukan paparan 4K, GS66 dan GE66 turut hadir dengan skrin 15.6 inci FHD (1920×1080) dengan kadar penyegaran 300Hz serta 100% sRGB. Kedua-duanya dijana cip Intel Core i7-10870H.

Selain itu, MSI GE76 pula menawarkan skrin lebih besar iaitu 17.3 inci (1920×1080) dengan kadar penyegaran 240Hz. Bagi cip pemproses dan kad grafik yang digunakan adalah daripada Intel Core i7-10870H dan RTX 3070.

Tambahan lagi, MSI GF65 adalah komputer riba gaming yang lebih mampu milik. Dikuasakan cip Intel Core i7-10750H dan kad grafik RTX 3060. Sementara skrinnya berukuran 15.6 inci dengan resolusi 1920×1080 serta kadar penyegaran 144Hz.

Spesifikasi Penuh

Untuk melakukan pra-tempahan, anda boleh berbuat demikian bermula hari ini sehingga 31 Januari melalui kedai dalam talian atau pengedar yang sah. Penghantaran pula akan bermula Februari 2021 ini.