Seperti umum sedia maklum, HUAWEI telah melancarkan monitor berprestasi tinggi iaitu HUAWEI MateView dan MateView GT pada minggu lalu. Oleh yang demikian, pra-tempahan telah dibuka dan akan berlangsung sehingga 21 Julai 2021.

Dijual pada harga RM2,988, HUAWEI MateView tampil dengan skrin berukuran 28.2-inci dengan panel 3:2 dengan sokongan resolusi sehingga 3840×2560.

Manakala HUAWEI MateView GT yang dijual pada harga RM2,488 pula dilengkapi skrin lengkung berukuran 34-inci, kadar segar 165Hz, panel 21:9 beserta resolusi sehingga 3440×1440.

Selain itu, setiap pembelian kedua-dua skrin ini ditawarkan rebat RM100 dan hadiah percuma HUAWEI WIFI AX3 Dual Core (RM199).

Jika berminat, layari kedai dalam talian HUAWEI, Shopee dan Lazada untuk nikmati tawaran eksklusif ini.

Sumber: siaran akhbar HUAWEI Malaysia

Baca juga – Ada Laporan Huawei Tengah Bangunkan Pengecasan 90W

Baca juga – Buat Panggilan Dan Dengar Lagu Dari Jam Pintar HUAWEI WATCH 3

Kalau nak beli barangan Huawei tekan bawah ni:
Shopee:
HUAWEI MateView - https://invol.co/cl4ueu8
HUAWEI MateView GT - https://invol.co/cl4ueuo

Lazada:
HUAWEI MateView - https://invol.co/cl4uesr
HUAWEI MateView GT - https://invol.co/cl4ueth