HONOR Malaysia hari ini mengumumkan bahawa pra-tempahan bagi fon telinga tanpa wayar baharunya, HONOR Earbuds 2 Lite kini rasmi dibuka buat peminat tempatan.

Fon telinga tersebut dijual pada harga RM299 tetapi bersempena kehadirannya, ia diletakkan dengan tanda harga RM269 (siapa cepat dia dapat) yang boleh didapati di Lazada, Shopee, Senheng dan Stor HONOR berdaftar.

Selain itu, pelanggan yang membuat pra-tempah mulai hari ini hingga 15 Julai turut dapat menikmat langgan VIP JOOX selama 3 bulan dengan baucar bernilai RM56.70. Namun, baucar ini juga berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Untuk spesifikasi, fon telinga ini tampil dengan hayat bateri 32 jam dan bertahan hingga 10 jam untuk muzik dengan sekali cas. Di samping itu, turut dilengkapi pembatalan hingar aktif (ANC) dengan pengurangan bunyi hingga 22 desibel (dB).

Sumber: Siaran Akhbar HONOR

Baca juga – HONOR MagicBook X 15 Secara Rasminya Dilancarkan, Berharga Dari RM2,299.00

Baca juga – Tencent Ada Cara Nak Pastikan Anak-Anak Tak Tidur Lewat Sebab Main Game

Baca juga – Siri HONOR 50 Rasmi, Kembalinya GMS Pada HONOR

 

Tekan pautan ini untuk beli HONOR Earbuds 2 Lite:

Shopee - https://invol.co/cl4w72c

Lazada - https://invol.co/cl4w722