Samsung telah pun melancarkan model terbaru telefon pintar boleh lipat mereka iaitu Galaxy Z Flip3 5G.

Galaxy Z Flip3 5G hadir dengan rekaan ikonik yang ditawaran dalam 4 pilihan warna menarik iaitu Cream, Phantom Black, Hijau dan Lavender.

Telefon pintar yang boleh dilipat ini sekaligus memberikan pengalaman yang berbeza di mana ia boleh menjadi peranti kompak tetapi juga pada masa yang sama seronok dan bergaya menggunakannya.

Galaxy Z Flip3 5G sudah pun boleh dipra tempah bermula dari 19 Ogos hingga 21 September 2021 ini.

Galaxy Z Flip3 5G berharga RM3,999.00 (varian128GB) dan RM4,199.00 (varian256GB).

Membuat pra tempah Galaxy Z Flip3 5G membolehkan anda layak menerima hadiah eksklusif pelan 1 tahun Samsung Care+ yang bernilai RM699.00 serta e-baucar bernilai RM600.00

e-Baucar itu boleh anda belanjakannya di Samsung Malaysia Online Store untuk membeli pelbagai aksesori menarik Samsung.

Untuk info lebih lanjut tentang tawaran pra tempah Galaxy Z Flip3 5G ini, sila layari pautan ini www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip3-5g/buy/.

Beli Galaxy Z Flip3 5G 128GB di Shopee - https://invol.co/cl5n7ql
Beli Galaxy Z Flip3 5G 256GB di Shopee - https://invol.co/cl5n7r9