Permainan Pokémon UNITE sudah pun dilancarkan lebih dulu untuk platfom Nintendo Switch pada 21 Julai 2021 lalu.

Sementara versi aplikasi Pokémon UNITE untuk platfom telefon pintar Android dan iOS pula hanya akan dilancarkan pada 22 September ini.

Namun begitu belum pun ia dilancarkan, permainan Pokémon UNITE sudah pun memiliki lebih daripada 5 juta pemain yang telah membuat pendaftaran awal.

Bagi merancakkan lagi pendaftaran permainan tersebut, para peserta yang mendaftar awal bakal menerima lesen Pikachu Unite apabila jumlah peserta yang mendaftar dengan permainan tersebut mencecah 2.5 juta peserta.

Tidak berhenti setakat itu, jika jumlah peserta pra pendaftaran Pokémon UNITE mencecah sehingga 5 juta peserta pula, para peserta bakal menerima Holowear—Festival Style: Pikachu!

Jadi jika anda peminat Pokémon, bolehlah mendaftar untuk bermain permainan Pokémon UNITE menerusi App Store dan Google Play Store.

Sumber: Pokémon UNITE