Tencent dan Activision, kedua-duanya memang terkenal dengan penghasilan permainan video berkualiti.
Berita baik bagi peminat permainan Call of Duty(COD), dua pembangun berkenaan telah bekerjasama dalam menghasilkan permainan Call of Duty: Mobile.
Malah, pra-pendaftaran bagi permainan itu untuk platform Android dan iOS kini sudah pun dibuka. Sama seperti PUBG Mobile, ia juga percuma untuk dimain apabila dilancarkan nanti.
Akan tetapi, COD: Mobile ini bukanlah permainan jenis battle royale, sebaliknya ia adalah seperti permainan multiplayer COD klasik yang kita pernah lihat sebelum ini.
Ia bermakna kita akan dapat melihat peta-peta klasik popular permainan berkenaan seperti Nuketown, Hijacked dan Crash.
Selain itu, Call of Duty: Mobile ini juga dijangka akan menampilkan semula watak-watak serta mod permainan dalam siri COD terdahulu.
Bagi peminat permainan Call of Duty yang mahu mencuba permainan ini, anda boleh membuat pra-daftar pada pautan ini.
Sumber: Call of Duty