Netmarble hari ini mengumumkan pra-daftar bagi permainan mudah alih baharu mereka, iaitu Marvel Future Revolution untuk iOS dan Android.

Permainan tersebut adalah pengganti bagi Marvel Future Fight sebelum ini. Namun, kali ini ia jauh lebih menarik kerana Marvel Future Revolution merupakan permainan dunia terbuka (open world) bergenre action RPG.

Selain itu, ia juga menampilkan jalan penceritaan baharu, kawalan permainan lebih imersif dan grafik yang cantik.

Terdapat 8 adiwira Marvel yang boleh dimainkan seperti Captain America, Captain Marvel, Spider-Man, Black Widow, Iron Man, Doctor Strange, Star-Lord dan Storm.

Sekiranya anda berminat, boleh memuat turun permainan ini melalui App Store dan Google Play. Permainan ini akan rasmi pada separuh kedua tahun 2021.

Sumber: Siaran Media Netmarble

Baca juga – Riot Sahkan Akan Ada Valorant Mobile

Baca juga – Permainan Mobile Battlefield Hadir Menjelang Tahun 2022

Baca juga – Apex Legends Mobile Bakal Hadir Hujung Bulan Ini