Jenama milik Apple iaitu Beats kini mengumumkan fon telinga baru Powerbeats 4. Ia masih lagi menggunakan rekaan melingkari leher yang sama.
Di dalamnya, Powerbeats 4 menggunakan cip Apple H1 untuk memulakan sambungan antara fon telinga ke peranti. Ia juga dilengkapi dengan 12mm pemacu sama seperti model TWS yang lebih mahal Powerbeat
Powerbeats 4 ini berharga lebih murah namun ia menjanjikan kualiti audio yang sama pada model Powerbeats Pro dengan rekaan TWS.
Terdapat port pengecasan Lightning untuk mengecas. Jika pada Powerbeats 3 ketahanan bateri hanya sehingga 12 jam, kini pada Powerbeats 4 ia lebih lama sehingga 15 jam pula. Untuk piawaian ketahanan kalis air, terdapat IPX4 yang hanya selamat untuk peluh dan juga renjisan air.
Powerbeats 4 terdapat dalam 3 pilihan warna iaitu White, Black, dan Red. Buat masa ini ia hanya dijual dalam pasaran U.S terlebih dahulu bermula 18 Mac pada harga rasmi 149usd (~RM645).