Bersempena meraikan ulangtahun pertama di Malaysia, HMD Global kini membawakan tawaran menarik kepada peminat Nokia tempatan. Dua model popular, Nokia 3 dan juga Nokia 5 diberikan potongan harga sebanyak RM100 sepanjang bulan Disember ini.
Model-model tersebut pertama kali menembusi pasaran tempatan pada Mei yang lalu dan diawal pengenalan, Nokia 3 dijual pada harga RM599 (kini RM499) dan Nokia 5 RM799 (kiniĀ RM699 ).
Selain daripada pengurangan harga, anda juga akan menikmati pek aksesori percuma bernilai RM 150 untuk Nokia 3 dan RM200 bagi Nokia 5.
Nokia 3
- Skrin 5 inci IPS LCD HD
- Pemproses MediaTek MT6737
- RAM 2GB
- Storan dalaman 16GB
- Android Nougat 7.0
- Kamera utama: 8MP, Kamera hadapan: 8MP
- BateriĀ 2650 mAh
Nokia 5
- Skrin 5.2 inci IPS LCD HD
- Pemproses Snapdragon 430
- RAM 2GB
- Storan dalaman 16 GB
- Android Nougat 7.1.1
- Kamera utama: 13MP, Kamera hadapan: 8MP
- 3,oo0 mAh