Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pos Malaysia Umum Tarikh Akhir Untuk Pos Barang Sempena Aidilfitri

Posted on April 21, 2022

Disebabkan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang dalam beberapa minggu lagi, Pos Malaysia telah mengeluarkan pengumuman baharu bagi waktu perkhidmatan penghantaran mereka.

Hal ini demikian, Pos Malaysia ingin mengelakkan sebarang kelewatan yang tidak diingini yang perlu dihadapi oleh orang awam. Oleh itu, Pos Malaysia telah mengeluarkan panduan pengeposan di bawah yang boleh dan sangat disyorkan orang awam untuk mengikutnya.

Pos Malaysia Raya
Kredit: Pos Malaysia

Berdasarkan pengumuman di atas, Pos Malaysia mengesyorkan penghantaran paling lewat pada 25 April ini untuk destinasi diseluruh Malaysia. Selain itu, jika destinasi pengeposan dan penghantaran adalah di sekitar semenanjung Malaysia sahaja, 27 April adalah tarikh paling lewat yang disyorkan Pos Malaysia.

Walau bagaimanapun, jika anda memilih, terpaksa atau tak sempat untuk mengeposkan barangan anda pada tarikh yang dinyatakan, Pos Malaysia akan menghantar barangan tersebut selepas 5 Mei.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk merancang pembelian atas talian anda dengan cermat agar barangan tersebut dapat diterima sebelum raya.

Sumber: Pos Malaysia Berhad

Foto utama: edgemalaysia

Baca juga:

  • Elon Musk Jelaskan Kenapa Kereta Baharu Tesla Dah Tak Diberi Pengecas
  • Intel Gen-12 Laku Keras, AMD Terpaksa Kurangkan Harga Ryzen Siri 5000
  • iPhone 11 Mungkin Dah Tak Ada, iPhone 12 Turun Harga

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress