E-Nota Konsainan mula diperkenalkan pada Ogos yang lalu bagi menjimatkan masa dan memudahkan penghantaran kepada pengguna.
Hari ini, Pos Malaysia mengumumkan bahawa e-Nota Konsainan kini ditawarkan di Pos Laju EziDrive-Thru bermula esok, 17 November 2020.
Melalui ini, pengguna dapat melakukan urusan dengan lebih mudah dan selesa. Berikut adalah kaunter Pos Laju EziDrive-Thru yang menawarkan perkhidmatan ini:
- Pos Laju EziDrive-Thru Bandar Baru Bangi
- Pos Laju EziDrive-Thru Kelana Jaya
- Pos Laju EziDrive-Thru Kuala Lumpur (Brickfields)
- Pos Laju EziDrive-Thru Putrajaya
- Pos Laju EziDrive-Thru PMN Shah Alam
Bagi yang tidak mengetahui, EziDrive-Thru diperkenalkan pada tahun 2016. Ia membolehkan pengguna membuat penghantaran barangan melalui pos tanpa perlu tinggalkan kenderaan.
E-Nota Konsainan ini boleh diisi secara digital dengan memuat turun aplikasi Pos Mobile App di Google Play, App Store dan AppGallery.
Sumber: Pos Malaysia