Baru-baru ini, pemain konsol Xbox telah dikejutkan oleh sekatan penggunaan aksesori yang tidak dibenarkan oleh pihak Xbox yang akan berkuat kuasa secara keseluruhan bermula 17 November 2023.
Di samping itu, pemain yang menggunakan aksesori tidak berdaftar akan mendapat amaran melalui konsol Xbox mereka dalam bentuk mesej ralat 0x82d60002.
Berdasarkan notis ralat ini, kita boleh simpulkan Xbox dapat mengesan aksesori yang tidak berdaftar dan penggunaannya akan disekat pada 12 November 2023.
Notis ini juga menyediakan pautan laman web rasmi Xbox untuk penggunanya melihat senarai aksesori yang dibenarkan.
Sehubungan dengan itu, Brook Gaming yang merupakan pembekal aksesori pihak ketiga juga telah menyiarkan masalah yang dihadapi oleh produk mereka melalui siaran media X mereka.
Xbox console-related product Issue Update pic.twitter.com/QK0N41LmHW
— Brook Gaming (@brookgamingfans) October 20, 2023
Selagi anda menggunakan produk daripada pengeluar yang telah membayar lesen Xbox, alat kawalan anda dijangka masih boleh digunakan. Antara pengeluarnya ialah Turtle Beach, Razer, HyperX, ASUS ROG dan lain-lain lagi.
Dalam pada itu, anda juga perlu menggunakan set kepala wayarles yang dilengkapi dengan cip keselamatan yang diluluskan oleh Microsoft untuk digabungkan dengan Xbox.
{suggest}
Sumber: Windows Central, X