Ketika OnePlus 6T dilancarkan di India pada 30 Oktober yang lalu, Xiaomi telah memberikan kalkulator percuma kepada peserta acara tersebut. Alasannya? Bagi memudahkan peserta untuk “do the math” atau buat pengiraan.
Pengiraan yang dimaksudkan ialah berkaitan betapa murahnya Poco F1 jika dibandingkan dengan OnePlus 6T. Malah, tidak cukup dengan itu, akaun Twitter Poco India turut menyindir pesaingnya itu melalui beberapa kicauan yang berbeza.
Never Settle for OverPriced. Unlock the #MasterOfSpeed. You decide. #DoTheMath pic.twitter.com/KvCIDyXXSq
— POCO India (@IndiaPOCO) October 30, 2018
Walaupun menggunakan sistem cip yang sama, OnePlus 6T berharga INR 37,999 berbanding INR 20,999 untuk Poco F1. Perbezaan sebanyak INR 17,000(~RM963) adalah agak besar untuk sebuah peranti telefon pintar. Frasa ‘Never Settle for OverPriced’ juga jelas ditujukan pada OnePlus.
Don't even get us started on this. Spend less time plugged in and more time on the go with the #MasterOfSpeed. It's time to #DoTheMath pic.twitter.com/MK8c1PX7dh
— POCO India (@IndiaPOCO) October 30, 2018
Selain daripada sistem cip yang sama, Pocophone turut membandingkan kelebihan dari segi kapasiti bateri yang dimiliki oleh Poco F1 dan OnePlus 6T. Walaupun kapasiti bateri Poco F1(4,000mAh) lebih besar berbanding OnePlus 6T(3,700mAh), ia masih lagi dijual pada harga yang lebih murah.
Bagaimanapun, untuk berlaku adil kepada OnePlus 6T, model baru OnePlus itu turut mempunyai beberapa kelebihan berbanding Poco F1. Antaranya ialah sensor imbasan cap jari dari dalam skrin serta penggunaan skrin AMOLED selain sistem Android 9 Pie.
Apa pula pandangan anda mengenai perkara ini? Adakah OnePlus 6T masuh layak digelar sebagai “Flagship Killer”? Atau kini lebih lebih kepada “OverPriced”? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.
Sumber: POCO India