Anak syarikat Xiaomi, Pocophone telah mencipta “huru-hara” dalam industri telefon pintar semasa melancarkan Poco F1 beberapa bulan lalu.
Mana tidaknya, telefon yang dilengkapi dengan sistem cip premium Snapdragon 845 itu dijual pada harga yang sangat murah sekaligus memberi tamparan hebat kepada pesaing mereka yang lain.
Malah, peranti tersebut juga telah diiktiraf sebagai peranti bajet terbaik bagi 2018 oleh pengkiritik dan YouTuber terkenal, MKBHD.
Baca juga: MKBHD Senaraikan Telefon Terbaik Pelbagai Kategori Bagi Tahun 2018
The #NewPOCO is getting us all excited!
Jingle bells are rolling. The BIG #Christmas reveal happens tomorrow! Stay tuned for more. #MasterOfSpeed
— POCO India (@IndiaPOCO) December 24, 2018
Melihat kepada kejayaan itu, akaun Twitter Poco India, @IndiaPOCO dilihat telah mengacahkan perkenalan model baru Poco sempena dengan Hari Natal(25 Disember) tahun ini.
Last week's been crazy! #POCOF1 has won awards & appreciation one after the other and #Christmas seems to have come early! @MKBHD @TheMrPhone @91mobiles @AndroidAuth
But, that's not all.
I have a surprise for all of you. A #NewPOCO is coming. Can you guess when? 🍾— C Manmohan (@cmanmohan) December 24, 2018
Menggunakan tanda pagar #NewPOCO pada kicauan tersebut, POCO India bagaimanapun tidak menyatakan dengan lebih lanjut mengenai peranti yang dimaksudkan itu.
Beberapa pengikut juga menganggap ia sebenarnya hanyalah penawaran model Edisi Kevlar bagi variasi 6GB/64GB dan 6GB/128GB Poco F1 sahaja. Ketika ini, hanya model 8GB/256GB sahaja yang ditawarkan dengan rekaan Kevlar.
Dakwaan berkenaan nampak berasas memandangkan tiada sebarang maklumat mengenai peranti Poco F2 yang didedahkan oleh Xiaomi mahupun Pocophone sendiri.
Sumber: India Today