POCO semalam telah melancarkan dua model baharu iaitu POCO M5 dan POCO M5s dan ia diumumkan akan tersedia untuk pasaran Malaysia.
Kesemuanya mula dijual di Shopee dan Lazada bermula 7 September 2022.
POCO M5
Ia dijana cip MediaTek Helio G99, menggunakan RAM UFS 2.2 dan panel LCD 6.58″ berkadar segar 90Hz.
Bateri sebesar 5000mAh dimuatkan mampu menerima kuasa pengecas maksimum 18W.
Ia dilengkapi 3 kamera di belakang iaitu 50MP utama, 2MP kedalaman dan 2MP makro. Kamera swafoto pula sebesar 5MP.
Keluar dari kotak, ia menjalankan MIUI 13.
POCO M5 (4/64GB) dijual pada harga RM649 namun untuk masa terhad, ia dipasarkan pada harga RM599.
POCO M5 (4/124GB) rasmi dengan harga RM799 namun juga untuk masa terhad, ia berharga RM699.
Klik SINI untuk beli di Shopee. Klik SINI untuk beli di Lazada.
POCO M5s
Telefon ini berenjinkan cip MediTek Helio G95 dengan skrin AMOLED sebesar 6.43″.
Dari segi fotografi dan video, ia tampil dengan 4 kamera di belakang iaitu 64MP utama, 8MP ultra lebar, 2MP kedalaman dan 2MP makro.
Kamera swafoto pula 13MP.
Untuk audio, ia mempunyai bicu audio 3.5mm dan hadir dengan pembesar suara stereo atas dan bawah.
Pengecas 33W boleh digunakan untuk memenuhkan bateri 5000mAh padanya tetapi tidak disertakan bersama di dalam kotak.
Selain itu, ia juga mempunyai perlindungan terhadap air dan debu IP53.
POCO M5s (4/64GB) berharga RM699 namun hanya RM659 untuk masa terhad.
POCO M5s (4/128GB) pula berharga RM899 namun hanya RM849 untuk masa terhad.
Klik SINI untuk beli di Shopee. Klik SINI untuk beli di Lazada.
Layari laman web POCO untuk dapatkan butiran lebih terperinci.
{suggest}