Diumumkan secara rasmi di pasaran China pertengahan Mei yang lalu, kini tiba pula giliran pasaran Malaysia pula menawarkan POCO  M3 Pro.

Acara pelancaran bakal diadakan secara dalam talian yang boleh ditonton pada Facebook rasmi POCO Malaysia. Ia dijadualkan berlangsung tepat jam 8 malam ini.

Dari segi tawaran di pasaran China, POCO M3 Pro membawakan spesifikasi sama seperti Redmi Note 10 5G. Antaranya adalah cip Dimensity 700, kadar segar semula 90Hz, bateri 5000mAh serta tiga lensa kamera dibahagian belakang.

Namun terdapat perbezaan dimana bahagian belakang menampilkan panel dengan kemasan bertulis “POCO”. Untuk lebih maklumat lanjut, sama-sama kita nantikan pengumuman malam ini.