POCO pada Julai lalu telah memperkenalkan M2 Pro. Kini, syarikat itu mengumumkan POCO M2 versi asas akan dilancarkan pada 8 September di India. Tarikh tersebut adalah hanya sehari selepas pelancaran global POCO X3 NFC berlangsung. Ini bermaksud, POCO akan memperkenalkan dua peranti dalam masa terdekat.
It's time to change all your WTF moments to #PowerFTW moments.
Get ready, the #POCOM2 is arriving on 08th September at 12 noon on @Flipkart.
Know more here: https://t.co/IhIRnUwfng
RT & get a chance to win the new POCO phone.
2000 RTs – 1 📱
3000 RTs – 2 📱
5000 RTs – 4 📱 pic.twitter.com/U6DGxP6ton— POCO India (@IndiaPOCO) September 2, 2020
Menerusi laman Flipkart, M2 dijangka hadir dengan paparan lebih luas serta kapasiti bateri yang lebih besar. Turut kelihatan adalah rekaan takuk yang memuatkan sensor kamera swafoto.
Bagaimanapun, belum diketahui apakah penawaran spesifikasi yang akan dimuatkan pada M2 nanti.
Dijangka lebih banyak spesifikasi utama POCO M2 akan didedahkan menjelang pelancaran pada 2.30 petang, 8 September 2020.
Sumber: Flipkart