Sekitar penghujung Mei yang lepas, POCO India telah mengacah telefon pintar baharu yang dinamakan POCO F3 GT. Kini, ia dikhabarkan telah melepasi pengesahan Bureau of Indian Standards (BIS) dan mungkin dilancarkan di India dalam masa terdekat.
Berdasarkan spekulasi, POCO F3 GT dengan nombor model M2104K10I adalah peranti yang dijenamakan semula dari Redmi K40 Gaming Edition yang mana ia membuatkan ramai peminat tidak sabar untuk memilikinya.
Xiaomi M2104K10I has now received the Indian BIS certification under the POCO branding.
Have already spotted the Indian variant of the Redmi K40 Gaming (POCO F3 GT).
For reference, Redmi Note 10 Pro 5G China variant has the model number M2104K10AC.
Loads of POCO incoming.#POCO pic.twitter.com/AXYdNRcVhm— Mukul Sharma (@stufflistings) June 25, 2021
Pada peranti gaming Redmi tersebut, ia menampilkan cip MediaTek Dimensity 1200, skrin 6.67 inci FHD+ AMOLED 120Hz, bateri 5000mAh, tetapan tiga lensa belakang serta padanan memori hingga 12GB RAM dan storan 128GB/256GB.
POCO F3 GT berkemungkinan akan dilancarkan sekitar pertengahan Julai 2021. Walau apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari pihak POCO.
Sumber: mysmartprice
Baca juga – Telefon Gaming Pertama Redmi Dilancarkan, Harga Mampu Milik
Baca juga – SIRIM Sahkan POCO X3 GT, Akan Tiba Dalam Masa Terdekat
Baca juga – Ini Senarai 37 Peranti Pintar Xiaomi Yang Sudah Menerima MIUI 12.5 Setakat Ini