Pada minggu yang lalu, terdapat laporan mengatakan POCO akan melancarkan telefon POCO F3 GT pada Ogos ini. Nampaknya, laporan itu mungkin benar kerana mereka sudah mula mengacah sedikit demi sedikit mengenai peranti itu.
Pertama sekali, POCO mengatakan telefon ini akan memberikan rasa premium kerana terdapat bingkai aluminium aloi dan kaca pada belakangnya. Selain itu, dua pilihan warna ditawarkan, iaitu Gunmetal Silver dan Predator Black.
A phone that gives any pocket a look of sophistication, style and all things sexy… Which colour would your #POCOF3GT be – Gunmetal Silver or Predator Black?
The POCO Community gets the juicy deets before everyone else. Sign-ups for round 2 to open soon. Stay tuned. pic.twitter.com/KDGrLeiSce
— POCO India (@IndiaPOCO) July 13, 2021
Sekiranya anda lupa, POCO F3 GT dikatakan sebuah telefon yang dijenamakan semula dari telefon gaming Redmi K40 yang telah dilancarkan di China beberapa bulan yang lepas.
Baca juga – POCO F3 Rasmi Dilancarkan, Ini Harga Untuk Pasaran Malaysia
Baca juga – Telefon Gaming Pertama Redmi Dilancarkan, Harga Mampu Milik