POCO kini dilihat bakal melancarkan telefon pintar baharu tidak lama lagi. Pengurus Produk dan Jurucakap Global POCO, Angus Kai Ho Ng secara rasmi mula mengacah peranti itu.
Been busy and and thought I could get a sneak shot in… Till @POCOGlobal saw me and stopped me.
But…#POCO #POCOcomingSOON pic.twitter.com/O0eejVeugB— Angus Kai Ho Ng (@anguskhng) November 17, 2020
Seperti yang dimuat naik pada kiriman di Twitter, imej tersebut memperlihatkan slogan “More than you expect”. Walaupun nama model tersebut disembunyikan, spekulasi menyatakan peranti itu akan diperkenalkan sebagai siri-M secara global.
Pada masa ini, portfolio bagi POCO Global adalah terhad kepada peranti siri F dan X. Sementara itu, negara India pula telah menerima peranti POCO dengan siri X, M dan C.
Dalam pada itu, POCO dijangka akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenainya menjelang pelancaran nanti.
Sumber: Twitter via GizmoChina