Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

PLUS Uji Pembayaran Tol Dengan Kad Kredit/Debit

Posted on Januari 13, 2022Januari 14, 2022

Penggunaan kad kredit/debit atau prabayar yang boleh ditambah nilai dalam talian sememangnya idaman setiap rakyat Malaysia. Teknologi ini bukanlah baharu kerana negara seperti Indonesia dan Singapura telah pun mengimplimentasikannya sejak puluhan tahun dulu.

PLUS Touch ‘N Go yang kini sedang menggalakan orang ramai menggunakan RFID Touch ‘N Go berkata mereka sedang menguji pembayaran tol dengan kad kredit/debit. Namun, ujian ini terhad di beberapa plaza tol yang tidak dimaklumkan.

Pada 2019, PLUS telah mengumumkan mereka akan melaksanan pembayaran melalui kad kredit/debit pada penghujung tahun tersebut namun ia kekal sebagai berita sahaja. Dengan pemansuhan kad Touch ‘N Go dan SmartTag menjelang 2024 kelak, pengguna pastinya mahukan sistem yang lebih baik dengan pilihan pembayaran yang lebih baik.

Terbaru, seorang wanita dari Indonesia berkongsi pengalamannya membayar tol hanya dengan kad yang boleh ditambah nilai terus daripada telefon. Dalam video tersebut, wanita tersebut menggunakan jalan yang baru saja dikuatkuasakan tol.

Tiba saja di plaza tol, dia mendapati kad yang digunakan tidak mempunyai baki mencukupi. Dia terus membuka sebuah aplikasi khas untuk menambah nilai kad tersebut dengan menyentuh kad pada telefon. Usai menambah nilai, dia kemudian dapat melepasi palang tol hanya dalam beberapa saat.

Bila agaknya touch n go nak buat macam ni ya? Semoga lepas tengok video ini mereka mendapat idea ✨ pic.twitter.com/sqcDk9E6l6

— Beauty Bawang | Zuliana Azira (@Zuliana_Azira2) January 8, 2022

Baca juga:

  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Pasang Touch ‘n Go RFID Pada Kereta

  • Undi18: Senarai Pengundi Dikemas Kini Automatik Setiap Bulan, Ini Cara Semak

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress