Seperti yang diketahui penjualan secara rasmi konsol PS5 adalah pada penghujung tahun 2020. Namun sebelum dijual secara rasmi, ramai yang menantikan tarikh penjualan pra-tempah.
Justeru di Amerika Syarikat, PlayStation kini telah membuka slot untuk pra-tempah.
Pra-tempah ini adalah ditujukan khusus untuk pemain konsol PlayStation yang sebelum ini. Ini adalah kerana untuk membuat pra-tempah, ia memerlukan PlayStation Online ID.
Selain itu, bilangan konsol untuk dipra-tempah adalah terhad, menandakan konsep pra-tempah adalah “siapa cepat, dia yang dapat“.
Slot pra-tempah ini adalah khusus untuk rakyat di Amerika sahaja. Jika anda turut serta membuat pra-tempah walaupun tinggal di Malaysia, pra-tempahan anda akan dibatalkan serta merta.
Dengan bermulanya proses pra-tempah dari PlayStation, ini menandakan konsol PS5 hanya menunggu masa untuk terjual secara rasmi sahaja.
Dari: PlayStation US