Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

PlayStation 6 Mungkin Akan Dilancarkan Selepas Tahun 2027

Posted on Mac 13, 2023

Sony telah mendedahkan satu dokumen sulit yang sepatutnya sukar untuk diperolehi tentang pelancaran konsol PS6.

Dokumen-dokumen ini telah didedahkan dek kerana penyiasatan Pihak Berkuasa Pasaran dan Persaingan UK (CMA) akan pemerolehan Microsoft ke atas Activision Blizzard.

Petunjuk Tarikh Pelancaran PlayStation 6. (Image source: CMA)

Dalam dokumen itu, Sony bimbang sekiranya Microsoft hanya membuat video games Activision seperti francais CoD untuk platform PlayStation hingga 2027 sahaja.

Sekiranya pemerolehan Microsoft ini berjaya, ia akan menjejaskan persaingan sihat yang ada dalam industri gaming dunia ketika ini.

Selain itu, dokumen itu juga menunjukkan PS6 tidak akan dilancarkan hinggalah selepas 2027. Walau bagaimanapun, pereka fizikal bagi PS6 sudah ditentukan dan beliau adalah individu yang sama merekakan konsol PS4 sebelum ini, Mark Cerny.

Rumor from trusted source: Cerny has been granted the hardware design job once again for PS6. First American to design a PS system with PS4 and now will be responsible for 3 generations of PS hardware.

— WorryWartGamer (@WrryWrt73) March 2, 2023

Oleh itu, konsol PS6 berkemungkinan besar akan diumumkan selepas 2027 atau sekitar 5 tahun lagi.

{suggest}

Sumber: Notebook Check, GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress