Sony Malaysia semalam telah mengumumkan secara rasmi konsol terbaharu PlayStation 5 untuk pasaran tempatan. Ia diletakkan pada harga bermula dari RM1869 bagi edisi digital dan RM2299 bagi versi pemacu cakera Ultra HD Blu-ray.
Bagi anda yang sudah tidak sabar-sabar lagi untuk membuat pra-tempahan, pengeluar tersebut akan memulakannya pada tepat jam 12 tengah malam ini. Pra-tempahan boleh dibuat secara dalam talian melalui platform Shopee.
Selain konsol, Sony Malaysia turut menyenaraikan beberapa aksesori lain seperti alat kawalan, fon kepala tanpa wayar, pengecas alat kawalan dan lain-lain. Klik pada harga untuk buat tempahan di Shopee.
- PlayStation 5/Digital Edition – RM1869 – RM2299
- DualSense™ Wireless Controller (standalone) – RM349
- PULSE 3D™ wireless headset – RM469
- DualSense™ Charging Station – RM149
- Sony PlayStation 5 HD Camera – RM279
Laman Shopee turut memaparkan tempoh penghantaran yakni dalam masa 30 hari.