Mungkin ramai beranggapan TikTok sebagai platfom media sosial paling popular di Amerika Syarikat.
Tetapi berdasarkan kepada kaji selidik yang dijalankan oleh Pew Research CenterĀ mendapati, platform video YouTube adalah yang paling popular digunakan di sana di mana ia digunakan oleh 95% penggunanya yang terdiri daripada remaja.
Malah sekitar 1 daripada 5 remaja di AS didapati akan melawat laman YouTube atau menggunakan platfom itu secara kerap.
{suggest}
Kemudian barulah diikuti TikTok dengan 67% remaja di sana menggunakan platfom tersebut. Tetapi peningkatan TikTok dikalangan remaja AS boleh dikatakan meningkat secara mendadak kerana TikTok hanya muncul secara global pada tahun 2018 dahulu.
Facebook pula yang dahulunya digunakan oleh 71% remaja di sana mencatatkan penurunan mendadak dengan kini hanya 32% remaja AS sahaja menggunakannya.
Sementara Instagram dan Snapchat pula menunjukkan peningkatan penggunaan dikalangan remaja di AS.
Kajian yang dijalankan oleh Pew Research CenterĀ ini melibatkan remaja yang berumur diantara 13 hingga 17 tahun yang dibuat dari 14 April hingga 4 Mei 2022 lalu.
Sumber: Pew Research Center