facebook sememangnya sebuah platfom media sosial yang sangat popular di seluruh dunia. Jika difikirkan, adakah platfom lain akan dapat menyaingi gergasi media sosial tersebut.

Tetapi itu tidak menghalang kewujudan sebuah platfom media sosial terbaru yang dikenali sebagai IRL.

In Remote Life atau singkatannya IRL adalah sebuah platfom media sosial  yang masih baru kepada pengguna.

Malah mungkin dikalangan kita tidak pernah pun mendengar nama IRL ini.

When we founded IRL, we had a simple goal: We wanted to help you, our users, spend more time with your friends in the real world, in order to boost your overall happiness.IRL

Laman sesawang IRL telah pun dilancarkan pada pertengahan tahun lalu ketika pandemik baru bermula.

Kini selepas setahun ia dilancarkan, IRL mempunyai sekitar 12 juta pengguna aktif setiap bulan.

Mungkin sebab itulah IRL telah berjaya menarik minat konglomerat teknologi dari jepun iaitu SoftBank untuk melabur sebanyak USD170 juta ke dalam syarikat laman sosial baru itu.

Pelaburan itu sekaligus menjadikan IRL bernilai sekitar USD1 bilion ketika ini.

IRL juga menjadi platfom sosial kedua yang berjaya menarik pelabur dari SoftBank selepas ByteDance.

Jadi dengan dana pelaburan yang diterima itu, IRL bercadang untuk mengembangkan lagi platfom mereka ke lebih ramai pengguna di seluruh dunia.

Ketika ini, pengguna utama IRL adalah terdiri daripada remaja yang berumur bawah 18 tahun dan kebanyakkannya adalah dari Amerika.

Jadi jika anda ingin mencuba platfom IRL ini, bolehlah mendaftarnya dengan melayari laman sesawang IRL.com serta memuat turun apliaksi tersebut ke dalam telefon pintar anda.

Sumber: The Verge