Jika anda mahukan enjin carian yang menjamin privasi anda, anda pastinya tidak akan  menggunakan enjin carian Google. Sebaliknya anda akan memilih enjin carian alternatif yang semakin meningkat popular ketika ini iaitu DuckDuckGo.

DuckDuckGo bukanlah platfom enjin carian yang baru, tetapi ia sudah pun mula wujud sejak 12 tahun lalu.

DuckDuckGo merupakan sebuah enjin carian yang memberikan perlindungan privasi kepada pencari maklumat.

Berbeza dengan enjin carian Google, DuckDuckGo menyekat sebarang penjejakan ketika carian dibuat dan tidak mengutip data penggunanya dengan memberikan hasil carian yang sama kepada penggunya yang lain.

“…Google tracks your searches and hides trackers on millions of websites.” DuckDuckGo.

Baru-baru ini, DuckDuckGo telah merekodkan sebanyak 100 juta carian hanya dalam tempoh sehari. Ia merupakan rekod carian tertinggi menerusi platfom tersebut dalam tempoh 12 tahun.

Jadi sekiranya anda mementingkan privasi, anda bolehlah mencuba enjin carian DuckDuckGo.com sebagai alternatif kepada enjin carian Google.

DuckDuckGo boleh didapati dalam bentuk aplikasi yang boleh dipasang ke dalam peranti pintar Android, iOS dan macOS.

Atau anda boleh juga memasangnya sebagai extension untuk pelayar sesawang anda.