Peranti Pixel daripada Google adalah antara peranti Android yang ditunggu-tunggu kehadirannya saban tahun. Pemberi maklumat terkenal Steve ‘OnLeaks’ Hemmerstoffer telah berkongsikan rekaan fizikal yang didakwa adalah Pixel 8 Pro.
Berdasarkan gambar di atas, bonggol kamera pada peranti ini kekal sama dengan pendahulunya tetapi hadir dengan sensor kamera baharu.
Selain itu, kita boleh lihat binaan di setiap bucu Pixel 8 Pro ini tampah lebih bulat berbanding siri Pixel 6 dan 7. Hal ini akan mempengaruhi skrinnya untuk menjadi lebih kecil.
Some pointed out inconsistencies regarding #Pixel8 #Pixel8Pro screens size.
I checked again and it seems I indeed measured diagonals the wrong way…🤦🏻♂️#Pixel8 = circa 6.2"#Pixel8Pro = circa 6.7"
That being said, overall dimensions remain accurate. Sorry for the mistake…😅 pic.twitter.com/wxYfFO2Djg
— Steve H.McFly (@OnLeaks) March 15, 2023
Mengikut beliau lagi, Pixel 6 akan hadir dengan skrin berukuran 6.2″ dan 6.7″ bagi model Pixel 8 Pro. Walaupun siri Pixel 8 ini kelihatan lebih melengkung pada sisinya, Google dikhabarkan memilih untuk menerapkan rekaan skrin rata untuk siri kali ini.
{suggest}
Sumber: Android Authority