Peminat-peminat peranti VR pasti akan berasa teruja apabila syarikat PICO sedang menawarkan jualan istimewa sempena musim Krismas yang bakal hadir.
Tawaran ini hadir dengan set all-in-one serta beberapa hadiah percuma untuk direbut pada waktu-waktu yang tertentu.
Jualan ini bermula dari 3 sehingga 25 Disember di mana PICO 4 akan dijual pada harga RM 1,599 untuk 128GB manakala RM 1,899 untuk 256GB. Kedua-dua variasi ini hadir dengan empat permainan tambahan bernilai RM476.93.
Keempat-empat permainan tersebut digabungkan sebagai Christmas Pack oleh PICO. Ini adalah termasuk LesMills Body Combat, Superhot VR, In Death: Unchained dan MultiBrush.
Tambahan pula, terdapat empat permainan juga untuk pek permulaan PICO iaitu All-in-One Sports VR, Down The Rabbit Hole, OhShape, dan After The Fall.
Selain daripada itu, terdapat hadiah percuma tambahan yang mengandungi sarung PICO 4, Lens Protector dan Sweat Proof Silicone Cover. Setiap pembelian PICO 4 sepanjang tempoh promosi ini akan memperoleh penjimatan sehingga RM 600.
Untuk memeriahkan lagi jualan ini, PICO telah menjalankan tawaran pantas 24 jam khususnya pada 12 Disember dan 25 Disember.
Pada waktu itu, PICO Neo 3 Link akan diturun harganya kepada RM999 berbanding dengan harga asal iaitu RM 1,599. Pembelian ini juga hadir dengan permainan percuma dari pek permulaan dan Christmas Pack.
{suggest}
Kesemua tawaran ini bakal tersedia dan boleh dibeli di Lazada, Shopee dan TikTok Shop sementara stok masih ada.
Beli PICO 4 di:
Shopee – https://shope.ee/30ENJ8Kxms
Lazada – https://invol.co/clf8xgw
Sumber: Siaran Akhbar PICO