Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Phone (1) Versi Lite? Nothing Kata “Mana Ada”

Posted on Ogos 3, 2022Ogos 3, 2022

Baru saja dilancarkan di Malaysia, telefon sulung daripada Nothing iaitu Phone (1) telah dikhabarkan akan mendapat ‘adik’ baharu.

Ura-ura itu mengatakan Nothing Phone (1) versi Lite ini akan dijual pada harga lebih murah dengan ketiadaan rekaan glyph dan sokongan pengecasan songsang.

Namun, khabar angin ini rupa-rupanya hanyalah omong kosong.

Mobile Indian diberitahu Nothing bahawa Phone (1) Lite atau peranti seumpamanya tiada dalam rancangan mereka.

Dakwaan kewujudan versi Lite ini mungkin hanya bermula sebagai harapan namun kemudian disalah tafsir.

Apa-apa pun, Nothing Phone (1) sudah mencuri perhatian peminat seluruh dunia walaupun tanpa versi lebih murah.

Sumber: The Mobile Indian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress