Terdahulu, syarikat farmaseutikal Pfizer dan BioNTech dilaporkan telah meminta kebenaran untuk melaksanakan dos ketiga vaksin COVID-19.

Kini, mereka telah menyerahkan data ujian klinikal peringkat awal kepada pengawal selia Amerika Syarikat untuk minta kelulusan.

Seperti laporan awal, mereka mendapati berlaku penurunan keberkesanan vaksin dari semasa ke semasa, iaitu dari 96% kepada 84%.

Tambah syarikat tersebut, mereka menyatakan dos ketiga juga berkesan dalam menangani varian baharu yang mudah berjangkit seperti Beta dan Delta berbanding individu yang hanya menerima dua dos.

Selain itu, mereka turut akan menyerahkan data ujian klinikal kepada Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) dalam beberapa minggu lagi.

Sumber: Astro Awani

Baca juga: