Telekom Malaysia (TM) memaklumkan bahawa mereka kini bekerjasama dengan Petronas dan Sime Darby Plantation untuk mengilap bakat syarikat pemula dari Malaysia.

TM menyatakan, ia adalah sejajar dengan aspirasi Digital Malaysia dan peranan mereka sebagai penggerak teknologi dan kesalinghubungan negara yang dipercayai.

TM turut mengucapkan tahniah kepada Petronas di atas pelancaran program teknologi pemecutan Petronas edisi kedua atau lebih dikenali sebagai “FutureTech 2.0”.

Program FutureTech 2.0 yang bertujuan untuk menggalakkan inovasi dan meningkatkan pembangunan teknologi tempatan ini  juga mendapat sokongan penuh daripada National Technology Innovation Sandbox (NTIS) yang merupakan salah satu daripada inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Untuk menyertai atau mengetahui lebih lanjut tentang program FutureTech 2.0 ini, layari laman rasmi ecosystems.500.co/petronas-future-tech.

Sumber: TM