Ketika pandemik COVID-19 melanda, lebih ramai orang memilih untuk menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan berbanding bersesak dengan yang lain.

Terbaru, McDonald’s kini memaklumkan pesanan melalui GrabFood tidak akan tersedia dalam tempoh 1 hingga 5 April 2021. Bagaimanapun, McDonald’s tidak memaklumkan dengan lebih lanjut mengenai sebab penutupan sementara itu.

McDonald's GrabFood

Bagi tempoh tersebut, pesanan makanan masih boleh dilakukan melalui platform lain seperti McDelivery dan Foodpanda. Untuk pesanan melalui GrabFood, ia dijangka akan dibuka semula pada 6 April 2021.

Sumber: McDonald’s