Umum mengetahui telefon gaming pertama Redmi telah diperkenalkan yang mana ia merupakan mampu milik dalam kelas peranti permainan mudah alih. Ia kemudian dijenamakan semula sebagai POCO F3 GT dan masih belum nampak bayangnya di Malaysia.

Namun, realme kini dikatakan bakal memberi persaingan terhadap telefon Redmi tersebut dimana laporan mengatakan realme GT Neo Gaming bakal dilancarkan.

Telefon ini akan menampilkan rupa seperti telefon gaming yang lain. Turut didatangkan cip pemproses Snapdragon 870, skrin 6.62 inci AMOLED FHD+, konfigurasi memori hingga 12GB RAM dan 256GB storan serta mungkin dilengkapi bateri 5000mAh bersama pengecasan 65W.

Selain itu, terdapat tiga tetapan kamera belakang – 64MP+8MP+2MP. Harganya pula dikatakan bermula USD499 (~RM2073).

Sumber: @rudhranandu

Baca juga: