Arena e-sukan dalam negara dilihat berkembang dengan baik dan semakin hangat dibualkan.
Menerusi pembentangan Belanjawan 2019 bagi negeri Selangor beberapa hari lepas, kerajaan negeri akan memperuntukkan sejumlah RM400,000 untuk pembangunan dan penganjuran e-sukan di Selangor bagi tahun akan datang.
Bermula tahun 2014, penyertaan sebanyak seramai 569 peserta dengan jumlah hadiah terkumpul berjumlah RM 30,000. Kini dalam tahun kelima penganjurannya, Selangor Cyber Games 2018 telah berjaya menarik 1,100 orang peserta dengan jumlah hadiah terkumpul berjumlah RM 250,000. pic.twitter.com/Rtoq3xxnip
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) November 23, 2018
Bagi menaikkan lagi e-sukan ke peringkat yang lebih tinggi, kerajaan Selangor turut menyasarkan peruntukan sebanyak RM1 juta dari Kerajaan Persekutuan.
Menurut kicauan di Twitter Menteri Besar Selangor, YAB. Amirudin Shari, Selangor akan terus menjadi peneraju dalam bidang e-sukan di Malaysia. Selain itu, penganjuran Selangor Cyber Games yang dimulakan pada 2014 telah menjadi jenama yang disegani penggiat e-sukan dalam negara.
Sumber: Twitter YAB Amirudin Shari