Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pertama Kali Dalam Sejarah, Steam Catat Lebih 10 Juta Pemain Aktif

Posted on Januari 9, 2023Januari 10, 2023

Buat kali pertamanya, Steam mencatatkan jumlah pemain aktif yang sedang bermain games diplatform tersebut melebihi 10 juta orang pada Sabtu, 7 Januari.

Selain itu, pengguna aktif Steam pada hari Sabtu itu juga mencecah seramai 32 juta pengguna, antara yang tertinggi yang pernah dicatatkan Steam.

Steam has reached 10 million concurrent in-game players for the first time, as well as 32 million concurrently online users today.https://t.co/D6WDHbz0B4 pic.twitter.com/rbRabSCLye

— SteamDB (@SteamDB) January 7, 2023

Mengikut Steam, CS: GO adalah permainan nombor 1 yang paling banyak dimainkan (1.08 juta pemain aktif).

Seterusnya adalah DOTA 2 (766,096 pemain aktif), Goose Goose Duck (605,694 pemain aktif), PUBG: Battlegrounds (439,944 pemain aktif), dan Apex Legends (367,585 pemain aktif).

{suggest}

Untuk pengetahuan pembaca, pencapaian ini dikatakan berlaku kerana selepas tamatnya promosi besar Steam dan ia berada dalam waktu musim cuti.

Sumber: IGN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress