Persatuan Pergerakan Pengguna Malaysia (MCM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dilaporkan mahu Kerajaan bertindak dengan menguatkuasakan undang-undang yang boleh membenarkan pengguna menamatkan kontrak tanpa didenda atas alasan servis rangkaian yang teruk.

Isu tentang perkara ini disuarakan oleh MCM dan CAP kepada pihak Kerajaan kerana kontrak perjanjian yang mengikat pengguna walaupun servis rangkaian yang disediakan itu teruk adalah tidak releven sekali ketika ini.

Malah pengguna akan didenda pula jika mereka terpaksa membatalkan kontrak walaupun servis rangkaian sesebuah syarikat itu teruk sama sekali.

MCM dan CAP menyatakan perjanjian kontrak yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi kepada pengguna ketika ini tidak melindungi pengguna dan berat sebelah. Sekaligus melanggar hak pengguna.

Persatuan pengguna juga memohon kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya lebih prihatin terhadap isu ini dan bertindak melindungi pengguna.

Sumber: FMT