Ketika ini, telefon pintar dipelopori oleh 2 sistem operasi uatam iaitu sistem iOS dari Apple dan sistem Android dari Google.

Apple terlebih dulu mempertontonkan dan menawarkan sistem operasi telefon pintar menerusi iPhone pada 9 Januari 2007 dahulu.

Sejak dari itu, iPhone telah berjaya menguasai pasaran telefon pintar dunia tanpa sebarang tentangan. Malah iPhone berjaya menguburkan Nokia kerana kekal sombong menggunakan sistem operasi Symbian OS pada telefon mereka.

iPhone generasi pertama diperkenalkan oleh CEO Apple ketika itu, mendiang Steve Jobs pada 9 Januari 2007.

Walaubagaimanapun, tidak lama selepas iOS bersenang-lenang tanpa pencabar, akhirnya 10 bulan kemudian sebuah sistem operasi terbaru telefon pintar yang dikenali sebagai Android telah diperkenalkan Google.

Kehadiran Android menyebabkan CEO Apple ketika itu, Steve Jobs sangat marah dan menuduh Android sebagai sebuah produk curi. Malah beliau tekad untuk menghancurkan Android menerusi iPhone mereka.

I’m going to destroy Android, because it’s a stolen product. I’m willing to go thermonuclear war on this.” Steve Jobs

Peranti Android pertama yang menggunakan sistem tersebut adalah T-Mobile G1 atau juga dikenali sebagai HTC Dream dan hadir secara rasminya dalam bulan September 2008 dahulu.

HTC Dream dengan Android 1.0. Kredit: Android Authority

Sejak dari itu, lebih banyak telefon pintar dari pelbagai jenama mula menjalankan sistem oeprasi Android.

Kini selepas hampir 13 tahun perang penguasaan pasaran telefon pintar di seluruh dunia, nampaknya jelas sekali kemenangan perang itu menjadi milik Android.

Berdasarkan kepada laporan analisis oleh Big Think, tempat kelahiran iOS dan Android jelas sekali dikuasai oleh peranti-peranti yang menjalankan sistem Android berbanding iOS.

Kredit: Big Think

Malah pengguna-pengguna di negara-negara lain juga memilih peranti Android berbanding iOS.

Walaubagaimanapun, di rantau Asia Pasifik, persaingan antara peranti Android dan iOS adalah sengit di mana 13 Negara di rantau ini memilih peranti Android.

Manakala peranti iOS menguasai 12 negara di rantau Asia.

Pengguna di negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura dan Taiwan lebih cenderung memilih iOS iPhone berbanding peranti Android seperti pengguna di Malaysia.

Secara keseluruhannya, berdasarkan kepada data dari laman statistik StatCounter, penguasaan peranti sistem operasi Android adalah sebanyak 72.83%.

Ia jauh meninggalkan pencabarnya iaitu sistem operasi iOS yang hanya menguasai pasaran sebanyak 26.35%

Kredit: StatCounter

Sumber: Big Think, Android Authority, StatCounter